MIMBAR

8) MIMBAR

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan daripada keseluruhan peminjam MIMBAR berapa peratuskah yang telah berjaya merubah kehidupan mereka.

    Peratusan yang telah berjaya menjana pendapatan yang lebih baik serta mengubah kehidupan mereka adalah dianggarkan melebihi 20%.

    Antara proses pembangunan yang telah dilaksanakan dan dirangka untuk peserta ialah:

    • Lawatan berkala pegawai operasi di setiap
    • Latihan pengurusan kewangan yang membantu peserta mengawal kos perniagaan, meningkatkan jualan, dan pengiraan untung
    • Program “Success Story” adalah program terbaru yang dirangka oleh MiMBAR khusus untuk peserta paling berjaya di dalam perniagaan Mereka ini akan menjadi MENTOR MiMBAR kepada peserta- peserta baru di dalam program-program taklimat/latihan. Mereka ini akan terlibat secara langsung dalam program-program hebahan MiMBAR di media perdana.

    **Nota:

    Kajian Kes 1:

    Nama Peserta: Puan Arbiah Binti Ahmed Jenis Perniagaan: Bakeri (Arby Bakery) DUN: Batu Tiga

    Impak pembiayaan kepada perniagaan:

    • Sebelum membuat pinjaman mikrokredit MiMBAR Selangor, peserta bakeri ini menjalankan perniagaannya di rumah bagi tempahan. Pada masa itu beliau masih lagi menyewa peralatan dan mesin adunan tepung, pembakar, rak pameran roti, dan

     

    • Akan tetapi, selepas menerima pembiayaan pinjaman mikrokredit dari MiMBAR Selangor yang diperolehinya sebanyak RM2,000, beliau telah berjaya memiliki mesin dan peralatan tersebut sebagai aset perniagaannya. Ia adalah hasil daripada kejayaan beliau menjana pendapatan yang melebihi dari sebelumnya sehingga memperolehi lebihan yang berganda. Akhirnya mampu membuat tabungan atas untung yang diperolehinya dengan hanya bantuan modal tambahan itu tadi dan kursus pengurusan kewangan yang dihadirinya di bawah anjuran MiMBAR
    • Kini beliau beroperasi sepenuhnya di premis perniagaannya dan telah mendapat pembiayaan untuk kali kedua seterusnya dapat meningkatkan produktiviti perniagaannya dengan menambah beberapa mesin dan peralatan bagi menampung tempahan yang semakin

    Kajian Kes 2:

    Nama Peserta: Puan Sohana Binti Chiros Jenis Perniagaan: Katering

    DUN: Bukit Lanjan

    Impak pembiayaan kepada perniagaan:

    • Sebelum membuat pinjaman mikrokredit MiMBAR Selangor, peserta ini mengalami penurunan tahap kehidupan yang Walau bagaimanapun, beliau meneruskan kehidupan dengan berniaga kecil-kecilan dalam bidang khidmat menyediakan dan menghantar tempahan makanan. Beliau turut berusaha mendapatkan tempahan tetap dari firma swasta di Shah Alam.
    • Justeru itu, selepas mendapat pembiayaan pinjaman dari MiMBAR pada pusingan pertama, jumlah pinjaman sebanyak RM1,500 itu digunakan untuk membeli emas terpakai sebagai modal tambahan bagi menampung kos perniagaan Akhirnya disebabkan pengurusan kewangan dan perancangan yang baik, beliau mampu meneruskan perniagaan kateringnya yang mendapat semakin banyak tempahan setiap hari.
    • Kini, beliau membuat pinjaman pusingan kedua dengan nilai tambahan pinjaman sebanyak RM3,000, beliau bercadang untuk menambah peralatan katering bagi memenuhi tempahan yang kian

Lampiran

Tiada Lampiran.