PROJEK PEMBANGUNAN EKONOMI DESA
13) PROJEK PEMBANGUNAN EKONOMI DESA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah banyak peruntukan bajet 2013 telah digunakan untuk program ini?
Bagi tahun 2013, Kerajaaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM4.5 juta bagi projek pembangunan luar bandar di sembilan (9) daerah di Negeri Selangor. Setiap daerah telah diperuntukkan sejumlah RM500,000.00 secara keseluruhan. Program ini melibatkan projek penyelenggaraan jalan-jalan kampung, penyelenggaraan longkang dan perparitan, baikpulih balairaya, penyelenggaraan kemudahan sukan, baikpulih jambatan dan dataran-dataran awam dengan sejumlah 204 buah projek yang telah disiapkan sepenuhnya pada Disember 2013.
Projek-projek yang telah dilaksanakan pada Tahun 2013 adalah seperti berikut:
PECAHAN PERBELANJAAN MENGIKUT JENIS PROJEK BAGI TAHUN 2013 JENIS PROJEK BIL. PROJEK JUMLAH (RM) – Jalan 59 1,451,570.96 – Longkang / Perparitan 30 511,454.49 – Dewan/Balairaya 96 1,667,686.09 – Surau / Sekolah / Masjid 4 71,582.99 – Kemudahan Sukan 8 205,227.00 – Bangunan 1 14,000.00 – Pagar 1 18,000.00 – Dataran 1 20,297.50 – Jambatan / Titi 2 34,750.00 – Pelbagai 2 14,256.00 JUMLAH KESELURUHAN 204 4,008,825.03
