PEMBANGUNAN INDUSTRI AGRO-TOURISM, PERTANIAN DAN PENTERNAKAN DI SELANGOR
16) PEMBANGUNAN INDUSTRI AGRO-TOURISM, PERTANIAN DAN PENTERNAKAN DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk melaksanakan industri agro-tourism ini secara besar-besaran?
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) pernah terlibat dalam industri agro-tourism di Selangor Fruits Valley (SFV), Bestari Jaya dari tahun 2004 hingga 2007. Walaubagaimana pun mulai tahun 2008, aktiviti agro-tourism ini telah dihentikan kerana projek ini tidak memberi keuntungan kepada syarikat. Mulai tahun 2008, Jemaah Ahli PKPS telah meluluskan hala tuju baru PKPS iaitu kearah organisasi komersil.
Pada tahun 2013, Jemaah Ahli PKPS telah meluluskan ‘Program Usahawan Tani PKPS’ dimana PKPS menawarkan kepada usahawan yang berminat untuk mengusahakan sebahagian lot-lot di SFV dengan pelbagai tanaman buah- buahan. Melalui program ini, PKPS akan dapat membangunkan sebilangan Usahawan Tani.
