JEREBU
27) JEREBU
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan lokasi yang dipasangkan alat pengesan jerebu dalam Negeri Selangor dan apakah kriteria alat-alat pengesan tersebut ditempatkan di lokasi berkenaan?
Terdapat 5 buah stesen pengawasan kualiti udara automatik di Negeri Selangor yang dikendalikan oleh Jabatan Alam Sekitar iaitu terletak di Banting, Kuala Selangor, Pelabuhan Klang, Petaling Jaya dan Shah Alam.
Stesen pengawasan kualiti udara ini mencerap kepekatan 5 pencemar udara iaitu parameter Sulfur Dioksida (SO2), Nitrogen Dioksida (NO2), Karbon Monoksida (CO), Habuk halus berdiameter < 10 mikrometer (PM10) dan Ozon di permukaan bumi (O3) bagi membuat kiraan nilai Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang disiarkan pada setiap jam di laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar, www.doe.gov.my.
Penempatan 5 buah stesen pengawasan kualiti udara automatik ini adalah berdasarkan lokasi yang stategik di kawasan perumahan, industri dan kawasan komersial bagi memantau sebarang perubahan ketara kepada status kualiti udara yang mungkin memberi kesan kepada kesihatan awam dan alam sekitar.
