PERLAKSANAAN MARRIS
37) PERLAKSANAAN MARRIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah ada halangan PBT, untuk melaksanakan ke atas jalan-jalan JKR, kampung dan Pertanian?
Tiada halangan. Semua kerja selenggaraan jalan boleh dilaksanakan ke atas jalan-jalan yang berdaftar dengan sistem MARRIS Onlinedan hendaklah mematuhi Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri. Amalan penyelenggaraan sekarang adalah mengikut pembahagian iaitu pelaksanaan jalan-jalan JKR akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya, penyelenggaraan Jalan Kampung dilaksanakan oleh Pejabat Tanah/Daerah manakala penyelenggaraan Jalan Pertanian akan dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran.
