PERDAGANGAN DI SELANGOR
35) PERDAGANGAN DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah perdagangan Selangor di luar negara pada tahun 2012-2014.
Secara dasarnya jumlah perdagangan Selangor di luar Negara tidak dapat diukur kerana tidak ada mekanisme khusus untuk mengesan jumlah perdagangan antara Negeri Selangor dengan negeri-negeri lain seperti sistem percukaian yang terlibat. Pihak Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Jabatan Statistik tidak merekodkan jumlah perdagangan mengikut pecahan negeri.
