PERANAN DAN SASARAN KPI TAHUNAN JAWATANKUASA TETAP PELABURAN
98) PERANAN DAN SASARAN KPI TAHUNAN JAWATANKUASA TETAP PELABURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah core business Standco ini?
Bidang tugas Standco ini adalah;-
- Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pelaburan dan Perindustrian sekurang-kurangnya 2 kali setahun bagi merangka program-program tahunan jawatankuasa untuk dilaksanakan;
- Menggubal dasar dan strategi pelaburan dan perindustrian Negeri Selangor;
- Menilai program promosi pelaburan negeri dan menetapkan program promosi sesuai dengan keperluan semasa dan arah aliran masa depan;
- Merancang program pembangunan kawasan perindustrian negeri;
- Mengesan pelaksanaan program pelaburan dan perindustrian dan memutuskan langkah-langkah yang sesuai;
- Membincangkan isu-isu berkaitan pelaburan dan perindustrian untuk diselesaikan di peringkat jawatankuasa; dan
- Lain-lain tugas yang diputuskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.