PUSAT WANITA BERDAYA
7) PUSAT WANITA BERDAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah dari peruntukan RM30,000 untuk PWB yang telah dibayar kepada DUN untuk tahun ini? Sila nyatakan pecahan mengikut DUN.
Kerajaan Negeri amat memandang serius dengan pembangunan akar umbi khususnya kepada golongan wanita dalam Negeri Selangor. Justeru itu, melalui Pusat Wanita Berdaya (PWB), Kerajaan Negeri telah menyalurkan memperuntukkan sebanyak RM30,000.00 kepada setiap PWB bagi melaksanakan program-program pembangunan wanita sepanjang tahun 2015. Peruntukan ini diletakkan di bawah bidang kuasa Pejabat Daerah bagi tujuan pemantauan dan memudahkan permohonan peruntukan pelaksanaan program- program oleh PWB. Berikut adalah laporan perbelanjaan yang telah dilakukan oleh setiap PWB mengikut Daerah seperti di Lampiran 1.
