GERAKAN SYIAH

44) GERAKAN SYIAH

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan sejarah, perkembangan dan status semasa gerakan Syiah di Selangor?

    Sejarah gerakan Syiah di Negeri Selangor berkait rapat dengan tiga (3) kumpulan Syiah yang telah lama wujud khususnya di negeri ini. Tiga kumpulan tersebut iaitu:

    i.    SYIAH TAIYIBA BOHRA (DAWOOD BOHRA)

    Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia ia dikenali dengan golongan yang memiliki Kedai Bombay. mereka masih bergerak aktif menggunakan nama “Persatuan Dawoodi Bohra Muslim Selangor”, di alamat, Taieyebi Park, Pusat Kebudayaan 1467 Lorong Pokok Sakat 1, Off Jln Dato’ Dollah, 41100 Klang. Kumpulan yang berpusat di daerah Klang ini juga mempunyai tanah perkuburan dan madrasahnya sendiri. Anggaran pengikutnya adalah seramai 200 hingga 400 orang.

    ii.  SYIAH ISMAILIAH AGHA KHAN

    Kumpulan yang dikenali dengan nama Kedai Peerbhai ini bergerak di sekitar Lembah Klang. Mereka juga tidak bergerak aktif dan jumlah pengikut tidak diketahui tetapi bilangannya lebih kecil dari kelompok Bohra.

    iii. SYIAH JA’FARIYAH @ IMAMIAH ITHNA ASSAYARIYYAH. (IMAM DUA BELAS)

    Kumpulan Syiah ini dipercayai mula bertapak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman ini menular ke Negara ini melalui bahan-bahan bacaan dan orang perseorangan samaada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran.

    Anggaran Pengikut yang aktif sebanyak 200-300 orang di Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.