FAHAMAN WAHABI
100) FAHAMAN WAHABI
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah sejarah fahaman ini di Selangor dan setakat manakah kesannya terhadap masyarakat?
Fahaman ini dapat di kesan sejak tahun 1997. Lambakan bahan – bahan penulisan dan buku – buku yang berunsur fahaman Wahabi yang cuba mempengaruhi masyarakat Islam adalah antara sebab fahaman ini tersebar khususnya di Negeri Selangor. Selain itu, munculnya beberapa tokoh berfahaman Wahabi yang memberi ceramah-ceramah secara terbuka samada di masjid atau surau atau seminar-seminar dan sebagainya sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat
Fahaman ini telah memberi kesan negatif kepada masyarakat Islam itu sendiri kerana telah menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan masyarakat. Ia juga telah mengelirukan masyarakat mengenai amalan yang sering menjadi amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri ini. Fahaman ini telah menyesatkan golongan tertentu yang tidak sealiran dengan pemikiran yang dibawa termasuklah ulama’-ulama’ muktabar seperti ulama’-ulama’ aliran Al-Asya’irah dan Al-Maturidiah dan lain-lain.