IKLAN-IKLAN HARAM
12) IKLAN-IKLAN HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan yang boleh diambil terhadap pesalah-pesalah yang melekatkan iklan-iklan haram pada kemudahan awam?
Tindakan yang diambil oleh PBT terhadap pesalah adalah memberi notis dan mengenakan kompaun kepada individu dan syarikat yang melekatkan iklan tanpa kebenaran PBT di bawah Undang-Undang Kecil Iklan dan mengemukakan senarai nombor telefon kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk ditamatkan perkhidmatan.
