PINJAMAN WANG KERAJAAN NEGERI KEPADA PBT

37) PINJAMAN WANG KERAJAAN NEGERI KEPADA PBT

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri telah mengemukakan garis paduan lengkap untuk MPAJ supaya MPAJ dapat menukarkan pinjaman wang Kerajaan Negeri kepada geran?

    Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Bil

    37/2013 pada 4 Disember 2013 telah bersetuju menggunapakai Garis Panduan Tatacara Pembiayaan Baik Pulih Cerun di mana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat dengan Projek Penstabilan Cerun di atas tanah Kerajaan Negeri melalui pinjaman peruntukan Kerajaan Negeri boleh mengemukakan kertas ringkasan untuk memohon pengecualian bayaran faedah atau pengecualian bayaran balik pinjaman yang diberikan. Justeru, perkara ini telah dimaklumkan kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang lain secara bertulis.

Lampiran

Tiada Lampiran.