PENGURUSAN
38) PENGURUSAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan kerajaan untuk melancarkan penyelesaian pelbagai aduan rakyat?
Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan suatu aplikasi khusus iaitu Portal Sistem Talian Aduan Rakyat Selangor (STARS) bagi membolehkan pengurusan aduan awam yang melibatkan proses pengumpulan aduan dan maklumbalas secara sistematik. Inisiatif aplikasi ini adalah bertujuan meningkatkan kemudahan, kebolehcapaian dan kualiti interaksi dengan orang awam bagi mencerminkan perkhidmatan mesra pelanggan. Portal STARS ini juga adalah gerbang utama kepada pengadu yang ingin menyampaikan aduan atau maklumbalas kepada mana-mana organisasi dan agensi kerajaan di Selangor.
