FALSAFAH HORMAT WANITA
82) FALSAFAH HORMAT WANITA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berpegang kepada falsafah Hormat Wanita, apakah usaha kerajaan dalam merealisasikan perkara ini?
Kerajaan Negeri Selangor secara amnya tidak berpegang kepada falsafah Hormat Wanita yang khusus. Falsafah ini adalah termaktub di dalam Agenda Wanita Malaysia yang merupakan agenda Pakatan Rakyat yang akan dilaksanakan apabila Pakatan Rakyat mentadbir Kerajaan Persekutuan Malaysia di Putrajaya.
Bagi Kerajaan Negeri Selangor, Agenda Kesejahteraan Wanita Selangor direalisasikan melalui Pelan Tindakan Wanita Selangor menerusi programprogram pemberdayaan wanita Selangor yang telah dirangka pelaksanaannya sehingga 2018.
Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Selangor sentiasa melihat dan menambahbaik keperluan wanita Selangor di dalam konteks meningkatkan kualiti hidup yang lebih komprehensif bukan sahaja di tempat kerja, di rumah, di dalam komuniti, sebagai ahli masyarakat mahupun sebagai warganegara dengan melaksanakan pelbagai program pemberdayaan wanita Selangor yang menekankan bidang-bidang fokus seperti berikut :
- Kesihatan;
- Keluarga;
- Ekonomi;
- Pekerjaan dan Sektor Informal;
- Sukan dan Rekreasi;
- Pendidikan dan Latihan;
- Sosial, Budaya dan Agama;
- Hak, Keselamatan dan Undang-Undang;
- Politik dan Pembuatan Keputusan;
- Melonjak Daya Upaya Wanita Intelektual dan Profesional;
- Pengarus Utamaan dan Bajet Gender;
- Teknologi, Sains dan Alam Sekitar.