MASALAH KESESAKAN LALULINTAS
172) MASALAH KESESAKAN LALULINTAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Memandangkan rancangan JKR dalam menangani masalah kesesakan lalulintas di Jalan B48 (sekitar persimpangan Sepang) dijadualkan dalam jarak masa yang panjang. Apakah tindakan kerajaan negeri supaya masalah ini dapat diselesaikan dalam jangka terdekat?
Sebagai langkah jangka masa terdekat, JKR Daerah Sepang telah menyelaras semula sela (phasing) masa lampu isyarat di beberapa persimpangan yang sering berlaku kesesakan contohnya di Persimpangan Kuarters KLIA.
Selain itu JKR Daerah Sepang juga memohon bantuan daripada pihak polis untuk mengawal keadaan lalulintas semasa waktu puncak.