PERUNTUKAN SJK(C) & BAYARAN CUKAI PINTU NOMINAL
272) PERUNTUKAN SJK(C) & BAYARAN CUKAI PINTU NOMINAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri bersedia memberi peruntukan untuk membina SJK(C) di tapak persekolahan di Jalan Maju 2, Taman Lembah Maju?
Melalui Program Bantuan Sekolah yang dilaksanakan di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Kerajaan Negeri mempunyai peruntukan sumbangan untuk membina SJK(C) di tapak persekolahan di Jalan Maju 2, Taman Lembah Maju. Oleh itu, permohonan bantuan tersebut hendaklah dikemukakan dengan mematuhi prosedur dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri dan jabatan yang terlibat seperti Pejabat Tanah dan Galian Daerah Hulu Langat, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya serta agensi lain yang berkaitan.