PEMUTIHAN KILANG-KILANG HARAM

5) PEMUTIHAN KILANG-KILANG HARAM

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar kerajaan dalam melaksanakan pemutihan kilang-kilang haram?

    Dalam melaksanakan dasar pemutihan kilang tanpa kebenaran kerajaan telah melaksanakan Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran (PPKTK) semenjak tahun 2006 untuk memutihkan kilang PPKTK ini telah dilanjutkan beberapa tahun lagi bagi memberi peluang kepada pemilik tanah dan pengusaha kilang untuk menyertai program tersebut. Berikut adalah faktor- faktor yang menyebabkan PPKTK tidak mencapai sasaran:-

     

    • Pemilik tanah tidak berkemampuan untuk membayar premium tambahan yang terlalu tinggi walaupun telah diberi potongan;

     

    • Pemilik tanah terikat dengan perjanjian sewaan tanah di mana pemilik tanah menyewakan tanah pada kadar yang rendah menyebabkan pemilik tanah enggan membuat permohonan tukar syarat dan Kebenaran Merancang;

     

    • Pemilik tanah menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pinjaman bank kerana tempoh pajakan yang hampir luput dan usia pemilik tanah yang telah lanjut; dan

     

    • Pemilikan tanah yang ramai dan menyebabkan pemilik-pemilik tanah enggan membuat permohonan tukar syarat dan permohonan Kebenaran Merancang.

     

    Walaubagaimanapun, satu Kajian Khas Kilang tanpa Kebenaran sedang dilaksanakan dan hasil kajian tersebut dijangka akan dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada bulan Disember 2014.

Lampiran

Tiada Lampiran.