PENDIDIKAN
2) PENDIDIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan kerajaan bagi membantu para pelajar ke Mesir (untuk pengajian Islam, perubatan dan lain-lain) setelah sesi pengajian di sana dibuka; i) Bagi pelajar-pelajar ijazah pertama yang belum memulakan pengajian ii) Bagi pelajar-pelajar ijazah pertama yang sudah berada di tahun kedua dan ke atas iii) Bagi pelajar-pelajar lepasan ijazah yang sudah berada di tahun kedua dan ke atas?
Berikut adalah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam membantu pelajar-pelajar Selangor meneruskan pengajian mereka di
Bagi pelajar-pelajar ijazah pertama yang belum memulakan pengajian, kerajaan pusat membuat keputusan tidak membenarkan penaja menghantar pelajar baru ke Mesir. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah memutuskan pelajar tajaan dermasiswa bagi pelajar perubatan ditempatkan di Universiti Industri Selangor (UNISEL) bagi mengikuti program Asasi Sains. Manakala pelajar pengajian islam pula di tempatkan di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Bagi pelajar persendirian tidak ada halangan sama ada untuk meneruskan pengajian di Mesir atau di Malaysia kerana mereka adalah di bawah tanggungan ibu
Bagi pelajar-pelajar ijazah pertama yang sudah berada di tahun kedua dan ke atas, pelajar dermasiswa untuk perubatan mereka diberi pilihan sama ada ingin meneruskan pengajian di Mesir atau menyambung pengajian di Malaysia. Tajaan dermasiswa pelajar juga masih diteruskan mengikut kadar yang ditetapkan seperti di Mesir. Manakala pelajar dermasiswa pengajian islam yang menyambung pengajian di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).
Bagi pelajar lepasan ijazah, setakat ini Kerajaan Negeri belum lagi membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi membantu mereka kerana tiada
