JAMBATAN KE-3 KLANG

24) JAMBATAN KE-3 KLANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini cadangan pembinaan jambatan tersebut?

    Pihak JKR Selangor melalui perunding Vast Consultants Sdn. Bhd. sedang dalam proses reka bentuk terperinci dan dijangka siap pada Februari 2014. Di samping itu, kerja-kerja awal bagi tujuan pengumpulan data seperti kajian impak trafik, kerja ukur tanah dan hidrologi serta kerja penyiasatan tanah sedang giat dijalankan. Tempoh siap bagi keseluruhan kerja ini dijangkakan pada awal bulan Disember tahun ini. Pelan Pengambilan Tanah serta dokumen yang berkaitan bagi proses Pengambilan Balik Tanah di bawah Seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah 1960 telah dihantar kepada Pejabat Daerah dan Tanah Klang pada pertengahan Oktober lalu untuk tindakan lanjut pejabat

Lampiran

Tiada Lampiran.