TANAH KG SUNGAI BUAYA

23) TANAH KG SUNGAI BUAYA

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri mempunyai tanah-tanah bekas peneroka Felda di Kg Sg Buaya. Apakah Rasional dan Apa rancangan kerajaan terhadap tanah tersebut ?

    Untuk makluman, Y.A.B Dato Menteri Besar Selangor telah mengarahkan pihak Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) untuk merancang pembangunan di atas tanah seluas 1047 ekar yang dulunya sebahagian daripada tanah pembangunan Bandar Sungai Buaya.

    Pelan perancangan pembangunan semula tersebut telah disediakan dengan pembangunan berkonsepkan Amusement City yang akan membawa nilai tambah kepada bukan sahaja kepada Bandar Sungai Buaya malah kepada Daerah Hulu Selangor.

    Perancangan ini masih di dalam tindakan Lembaga Perumahan Negeri Selangor (LPHS) untuk tindakan selanjutnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.