Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
114) PENUKARAN METER PUKAL KEPADA METER INDIVIDU
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan pangsapuri-pangsapuri yang telah ditukarkan daripada meter pukal kepada meter individu mengikut pecahan PBT bagi tahun 2008-2012.
Senarai pangsapuri yang telah melaksanakan migrasi meter air pukal kepada meter air individu tidak dikemukakan mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan kerana rekod yang dikemukakan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS) adalah berdasarkan kawasan wilayah seperti di LAMPIRAN A.