BANJIR

20) BANJIR

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan yang akan diambil untuk mengatasi banjir di Bandar Kajang dan sila memberi jadual pelaksanaan rancangan tersebut.

    Kajian Pelan Induk Bandar Kajang, Daerah Hulu Langat yang siap pada tahun 2010 oleh JPS Malaysia telah mengambilkira perancangan dan keperluan sistem saliran pada masa akan datang. Kajian ini meliputi keseluruhan cadangan pembinaan kolam takungan, kolam perangkap kelodak, mengujudkan kawasan tanah lembap, menaiktaraf pembetong dan sistem saliran serta perangkap sampah.   Ia merangkumi 4 fasa bermula dari tahun 2011 sehingga 2030 meliputi Lembangan Sg. Langat, Daerah Hulu Langat.  Anggaran kos pembinaan adalah sebanyak RM747.13 juta.

    Bagi kawasan Bandar Kajang, kejadian banjir yang telah berlaku adalah disebabkan oleh limpahan air Sg. Jerluh yang merupakan saluran utama melintasi bandar. Dalam RMKe 10, peruntukan siling sebanyak RM27.28 juta telah diluluskan melibatkan Lembangan Sg. Langat.  Mengikut kajian, kos pembinaan bagi kawasan tadahan Sg. Jerluh adalah sebanyak RM14.92 juta. Jadual perancangan bagi projek pembangunan adalah seperti berikut :-

    Fasa
    Tempoh
    (RM) juta
    Fasa 1 2011 – 2015 201.05
    Fasa 2 2016 – 2020 179.21
    Fasa 3 2021 – 2025 207.03
    Fasa 4 2026 – 2030 194.68

Lampiran

Tiada Lampiran.