BEKALAN AIR DI EMPANGAN SELANGOR BERLEBIHAN

29) BEKALAN AIR DI EMPANGAN SELANGOR BERLEBIHAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mengapakah terdapat khabar angin mengatakan Selangor akan menghadapi kekurangan air dalam masa terdekat?

    Berdasarkan rekod pemantauan pihak Lembaga, Negeri Selangor masih mempunyai sumber air mentah yang mencukupi untuk tujuan bekalan air melalui penggunaan secara optimum dan effisien sumber air empangan. Terdapat tujuh (7) empangan utama di Negeri Selangor yang berfungsi untuk menakung air semasa musim hujan dan diuruskan supaya ia boleh digunakan untuk tujuan bekalan air.

    Pemantauan pihak LUAS sehingga 22 Jun 2012 terhadap paras air di tujuh (7) empangan di Negeri Selangor mendapati semuanya dalam keadaan yang baik dan terkawal di mana tiga empangan iaitu Empangan Sungai Langat, Klang Gates dan Semenyih masih mempunyai kapasiti simpanan maksimum 100% dan paras air empangan adalah melebihi paras air tertinggi (Top Water Level) dan mengalami limpahan (spill). Manakala empat (4) empangan iaitu Sungai Selangor, Sungai Tinggi, Batu dan Tasik Subang mengalami sedikit penurunan kapasiti empangan.

    Ini adalah berikutan Monsun Barat Daya yang membawa cuaca kering dan kurang hujan di kawasan tadahan air empangan yang dijangka bermula Mei hingga September. Walau bagaimanapun, adalah dijangkakan kadar taburan hujan akan meningkat semula mulai bulan September.

Lampiran

Tiada Lampiran.