KERAJAAN TEMPATAN
83) KERAJAAN TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah ciri-ciri kritikal kejayaan 4 Kerajaan Tempatan menerima anugerah 4 bintang?
- Merujuk kepada keputusan “Sistem Star Rating Pihak Berkuasa Tempatan” (SSR-PBT) 2010/2011, terdapat lapan (8) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor yang mendapat pengiktirafan 4 bintang iaitu Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Sepang(MPSepang) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).
Setiap Pihak Berkuasa Tempatan dinilai berdasarkan kepada empat
(4) kriteria utama iaitu :
Kriteria Utama Sub Kriteria Markah (%) Pengurusan Pengurusan Organisasi Pengurusan Kewangan Dan Aset
Pengurusan Sumber Manusia
30% Perkhidmatan Teras Pelaksanaan Dasar Pelesenan Dan Kawalan Perniagaan
Perancangan
Kawalan Bangunan
Pengurusan Penilaian Dan Harta
Pengurusan Lalulintas Dan Tempat
Letak Kereta
Penyenggaraan Lampu Trafik
Penyenggaraan Landskap
Perancangan dan Pelaksanaan Projek
Undang-Undang dan Penguatkuasaan
Kawalan Pencegahan Penyakit-
Penyakit Berjangkit
Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam
35% Pengurusan Pelanggan Perkhidmatan-perkhidmatan Barisan Hadapan (Frontline)
Pengurusan Aduan
15% Penyertaan Komuniti Penglibatan Komuniti 10% Pandangan Penduduk 10% Jumlah 100% Kaedah yang digunakan oleh Pasukan Inspektorat, KPKT bagi melaksanakan penilaian SSR-PBT adalah seperti berikut:
- Semakan secara online melalui portal dan laman web;
- Temubual dengan penjawat awam di Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan;
- Semakan ke atas fail, rekod dan dokumen-dokumen berkaitan;
- Pemerhatian dan pemeriksaan di pejabat Pihak Berkuasa Tempatan termasuk kaunter-kaunter dan persekitaran Pihak Berkuasa Tempatan;
- Lawatan tapak dan premis-premis di bawah kuasa Pihak Berkuasa Tempatan dan juga tempat perniagaan, kemudahan awam, pasar basah dan kemudahan-kemudahan lain yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.Selain daripada itu, Pihak berkuasa tempatan juga mengamalkan penambahbaikan melalui komenkomen dan cadangan-cadangan yang diberikan mengikut kriteria yang ditetapkan dalam penilaian penganugerahan tersebut.