SUKMA 2012
88) SUKMA 2012
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah perbelanjaan Kerajaan Negeri untuk persediaan SUKMA 2012 mengikut setiap kategori sukan?
Untuk SUKMA 2012 kali ini, sukan yang dipertandingkan adalah sebanyak 24 jenis sukan iaitu:
Angkat Berat Bolasepak Badminton Akuatik Berbas ikal Bola Tampar Ekuestrian Gimnastik Golf Hoki Karate-Do Boling Padang
Mema nah Menem bak Olahraga Pencak Silat
Perahu Layar Petanque Sepak Takraw Skuasy Taekw ando Tenpin Bowling Tinju Wushu Setiap sukan ini telah diperuntukkan sebanyak RM 50,000.00 setahun setiap sukan. Peruntukkan ini adalah merangkumi persediaan pasukan yang meliputi penyewaan venue latihan, bayaran gaji/elaun jurulatih, menyertai kejohanan, elaun latihan dan program latihan intensif. Jumlah perbelanjaan keseluruhan untuk setiap pasukan adalah RM 1.2 juta. Jumlah ini tidak termasuk peralatan latihan dan kejohanan serta pakaian kejohanan SUKMA.
Untuk perbelanjaan peralatan dan pakaian kejohanan, pada SUKMA kali ini adalah sebanyak RM 443,035.95 untuk kegunaan sukan-sukan seperti di atas. Kerajaan negeri juga telah menambah perbelanjaan peralatan kepada sukan yang yang melibatkan perbelanjaan peralatan besar melebihi RM 150,000.00 iaitu sukan menembak, perahu layar dan berbasikal.