PEMBERSIHAN SUNGAI KLANG
15) PEMBERSIHAN SUNGAI KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sehingga 31 Jan 2011 sejauh mana pencapaian dari segi peratusan perkembangan projek pembersihan Sg Klang yang menjadi salah satu teras pakej rangsangan ekonomi negeri?
Sehingga 31 Jan 2011, kerja-kerja berikut telah disempurnakan :
- Menggazet tanah sepanjang 50 meter di kedua-dua belah Sungai Klang di Selangor.
- Pihak PTD dan JPBD telah menyiapkan inventori kegunaan dan pemilikan tanah di atas sepanjang 50 meter di kedua-dua belah Sungai Klang di Kelang, Shah Alam, Subang Jaya dan Petaling
- Menyenarai pendek 3 syarikat yang telah menghantar kertas cadangan dari 31 syarikat yang membeli dokumen “Request for Proposal” di mana 13 syarikat telah menjawabnya. 3 syarikat tersebut adalah :
- TSS-MAKO Engineering Sdn.
- Wessex Water Sdn Bhd / I Berhad Consortium
- GJA Engineering & Construction Sdn.
