RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM
22) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kerajaan negeri ada merancang satu Òmaster planÓ untuk pembinaan rumah ibadat selain Islam ?
- Buat masa ini kerajaan negeri belum bercadang untuk merancang satu master pelan bagi pembinaan rumah ibadat selain Islam. Walau bagaimanapun, Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor telah menyediakan Kajian Inventori Maklumat Guna Tanah Rumah Ibadat Selain Islam di Negeri Selangor. Di dalam kajian ini JPBD Negeri Selangor membuat semakan dan penyelarasan terhadap data inventori rumah ibadat selain Islam dengan semua Pejabat Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan. Selain itu, merujuk kepada Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor (edisi kedua) yang telah disahkan pemakaiannya di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 40/2010 pada 3 November 2010, di mana satu tapak rumah ibadat perlu disediakan bagi setiap 5,000 orang penduduk di sesebuah
Selain itu, dari semasa ke semasa kerajaan negeri sentiasa memantau dan menyelesaikan isu-isu berkaitan keperluan pembinaan rumah ibadat selain Islam di sesuatu tempat melalui Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam yang diadakan sebanyak 2 bulan sekali. Kerajaan Negeri juga telah mengeluarkan satu Garis Panduan Berhubung Hal Ehwal Selain Islam yang menyatakan bahawa setiap permohonan kebenaran merancang yang dikemukakan ke Pihak Berkuasa Tempatan pemaju diwajibkan untuk menyediakan tapak bangunan keagamaan bukan Islam bagi pembangunan melebihi 100 ekar.
