JALAN KAMPUNG-KAMPUNG

27) JALAN KAMPUNG-KAMPUNG

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah Peruntukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk pembinaan dan pembaikan jalan-jalan kampung di Negeri Selangor dalam Tahun 2011 ?

    1. Pada tahun 2011, Kerajaan Negeri telah bersetuju memberi peruntukan bagi pelaksanaan projek-projek kecil luar bandar di seluruh daerah di Negeri Selangor berjumlah RM8,524,966.46 (Ringgit Malaysia: Lapan Juta Lima  Ratus  Dua  Puluh Empat Ribu Sembilan Ratus Enam Puluh Enam dan Sen Empat Puluh Enam Sahaja). Senarai cadangan projek-projek tersebut diperoleh daripada sembilan (9) Pejabat Daerah di Negeri Selangor melalui permohonan yang dikemukakan sama ada daripada Ahli Jawatankuasa Kemajuan  dan  Keselamatan Kampung (JKKK), aduan penduduk serta pemantauan yang dibuat sendiri oleh Pejabat Daerah dan ianya juga dirujuk kepada Ahli Dewan Negeri (ADN) di kawasan berkaitan. Pemilihan projek-projek tersebut  adalah berdasarkan keperluan dan tahap kritikal sesuatu

    Peruntukan yang disalurkan ini adalah bagi pelaksanaan projek-projek kecil infrastruktur yang merangkumi penyelenggaraan jalan, longkang dan jambatan serta kerja-kerja baik pulih balai raya JKKK. Daripada keseluruhan jumlah peruntukan yang telah diluluskan, sejumlah RM4,858,026.82 (Ringgit Malaysia: Empat Juta Lapan Ratus Lima Puluh Lapan Ribu Dua puluh Enam dan Sen  Lapan Puluh Dua Sahaja) telah  diperuntukkan  untuk  kerja-kerja penyelenggaraan jalan-jalan kampung yang akan dilaksanakan oleh Pejabat- pejabat Daerah selaku Penguasa Projek.

Lampiran

Tiada Lampiran.