KEMPEN KONSERVASI AIR

28) KEMPEN KONSERVASI AIR

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri bercadang untuk melaksanakan Kempen Konservasi atau Penyimpanan Air. Bagaimanakah mekanisme konservasi atau penyimpanan air ini dilakukan?

    1. Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk mewartakan tujuh belas tasik, kolam dan bekas lombong untuk dijadikan sumber air alternatif ataupun sumber air tambahan. Tujuan pewartaan ini adalah untuk menyediakan sumber air  tambahan daripada kolam, tasik, bekas lombong dan air bawah tanah bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air sekiranya berlaku kemarau  atau  krisis air di Negeri Selangor. Pensampelan tahap kualitinya telah dilakukan  supaya boleh digunakan pada waktu

     

    Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) juga telah digalakkan penggunaannya. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melalui Damansara Jaya  Residents  and Owners Association (DJROA) adalah di antara pihak yang telah memulakan sistem SPAH ini, yang dilancarkan pada 6 November 2011. DJROA telah memulakan aktiviti perkebunan (Taman Herba) di Pusat Komuniti dan menggunakan sistem SPAH. Penggunaan sistem ini memberi kesedaran tentang kepentingan penjimatan air kepada orang awam. Sistem SPAH ini juga telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Sri Kelana, Petaling Jaya,  dimana kegunaan utama sistem ini adalah untuk menghasilkan “eco enzim”, menyiram tanaman dan pokok-pokok hiasan di sekolah, membekalkan air kepada dua (2) kolam ikan hiasan dan digunakan untuk pembersihan secara berkala.

     

    Pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sendiri akan mempergiatkan promosi penggunaan sistem SPAH pada tahun ini bersama dengan beberapa pihak.  Selain daripada itu, secara amnya, mekanisme konservasi atau penyimpanan air oleh LUAS adalah menjurus kepada kesedaran penjimatan air dan juga pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.