BANTUAN KERAJAAN NEGERI KEPADA SJKC/SJKT/SAR

30) BANTUAN KERAJAAN NEGERI KEPADA SJKC/SJKT/SAR

Tahun:

Sesi:

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa buah sekolah yang telah memohon dan mendapat kelulusan bantuan ini dari 2009 hingga 2010?

    Visi Pendidikan Kerajaan Negeri Selangor adalah untuk menjadikan Selangor sebagai Hub Ilmuwan dan Hub Pendidikan. Di dalam mencapai matlamat tersebut, beberapa perkara telah diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri Selangor seperti berikut :

     

    • Keadaan infrastruktur dan kemudahan pendidikan yang ada di sekolah- sekolah
    • Kemahiran peningkatan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru- guru sekolah
    • Kualiti para pelajar terutama sekali dari aspek akademik dan
    • Kelicinan dan pengurusan sekolah yang sistematik dan efektif

     

    Oleh itu program agihan bantuan pendidikan sekolah-sekolah ini adalah merupakan di antara langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memantapkan elemen-elemen di atas, agar visi pendidikan Kerajaan Negeri Selangor tercapai.

    Jadual 1 : Menunjukkan Jumlah Permohonan dan Jumlah Permohonan diluluskan pada tahun 2009 dan 2010 mengikut jenis sekolah.

     

     

    Jenis Sekolah

     

    Jumlah peruntukan

    yang diluluskan

    2009 2010
     

    Jumlah Permohonan

     

    Jumlah Permohonan

    Diluluskan

     

    Jumlah Permohonan

     

    Jumlah Permohonan

    Diluluskan

    Sekolah

    Agama Rakyat (SAR)

     

    RM6 Juta

     

    169

     

    146

     

    280

     

    252

    Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)  

    RM 6 Juta

     

    77

     

    77

     

    100

     

    100

    Sekolah Jenis Kebangsaan

    Tamil (SJKT)

     

    RM 4 Juta

     

    97

     

    97

     

    97

     

    97

    Jumlah Keseluruhan  

    RM 16 Juta

     

    343

     

    320

     

    477

     

    449

Lampiran

Tiada Lampiran.