SEWAAN TAPAK PASAR MALAM. PASAR PAGI DAN PASAR TANI
35) SEWAAN TAPAK PASAR MALAM. PASAR PAGI DAN PASAR TANI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Para penjaja sering membuat aduan berkenaan kenaikan kadar sewa tapak di Pasar Malam, Pasar Pagi dan Pasar Tani. Adakah semua PBT di Negeri Selangor menyelaraskan kadar sewa ?
- Sebelum ini kadar sewaan tapak pasar malam, pagi dan pasar tani adalah berbeza-besa mengikut PBT. Bagi memudahkan pemantauan dan penyelarasan Kerajaan Negeri telah mengambil keputusan untuk menyeragamkan sewaan tapak di seluruh Selangor sebanyak RM 4.00 satu tapak. Oleh yang demikian, wujud penurunan sewaan tapak di setengah kawasan. Kerajaan Negeri telah pun melaksanakan kajian dan didapati RM 4.00 adalah kadar yang paling minimum yang boleh dikenakan kerana ia merangkumi pembersihan, pelupusan sampah, penyelenggaraan tapak-tapak serta kos pengurusan seperti bayaran kerja lebih masa anggota pengawas tapak, anggota penguatkuasa dan kakitangan jabatan yang terlibat dengan urusan pasar. PBT Selangor sedang menyelaraskan kadar secara berperingkat agar ia tidak membebankan para penjaja.
