TEKNOLOGI & INOVASI

86) TEKNOLOGI & INOVASI

Tahun:

Sesi:

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Minta penjelasan sejauh manakah perkembangan industri berasaskan Òinformation and communication technology (ICT)Ó di negeri ini?

    1. Perkembangan industri berasaskan ICT di Negeri Selangor amat menggalakkan berdasarkan kepada jumlah pelaburan yang dibuat sama ada oleh kerajaan  atau  Pada tahun 2010, sebanyak 2,167 syarikat MSC  tempatan  dan luar Negara  yang telah melabur di Selangor dan telah menawarkan 55,567 peluang pekerjaan.  Jumlah pelaburan di negeri Selangor pula adalah sebanyak 7,930.49 Juta.

    Kerajaan Negeri Selangor juga sentiasa berusaha untuk manfaatkan kemajuan yang dicapai bagi memberangsangkan pembangunan industri berasaskan ICT ini dengan pelbagai usaha telah dipergiatkan untuk mengukuhkan Selangor sebagai lokasi pilihan dalam pelaburan ICT dan seterusnya menjadi peneraju  dalam  menghasilkan  produk ICT. Kerajaan juga dalam usaha menyediakan persekitaran yang kondusif dan ketersediaan infrastruktur dan komunikasi ICT dalam menarik dan menggalakkan pelaburan dalam industri berasaskan ICT.

    Pelan Arah Tuju Strategik Msc Selangor juga dalam peringkat pembangunan bagi menyediakan rangka kerja dalam membina keupayaan dan teknologi baru bagi meningkatkan capaian dan menggalakkan pelaburan dalam industri. Pelan Strategik ini merangkumi beberapa inisiatif strategik dan program-program yang meningkatkan hubungan antara agensi kerajaan, perniagaan dan orang awam. Pelan ini menyediakan perancangan peningkatan infrastruktur, perkongsian infrastruktur, garis panduan dan standard yang seragam dan pelan bagi aplikasi termasuk aplikasi perniagaan dan masyarakat dan perkhidmatan dalaman kerajaan secara menyeluruh kepada komuniti bisnes dan masyarakat.

    Pembangunan Bandar Cyber I-City sebagai Hab ICT Selangor juga telah menggalakkan persaingan dan paduan tenaga di kalangan industri ICT. i-City mempunyai kemudahan dan prasarana yang canggih, selain sudah mendapat taraf koridor raya  multimedia  (MSC) yang membolehkan syarikat-syarikat di situ menikmati pelbagai  faedah.  Dan untuk menjadikan I-City boleh menarik lebih ramai pelabur asing, kerajaan dalam usaha akan menjadikan ianya bandar raya jalur lebar wayarless bagi menyediakan landasan yang lebih luas untuk pelbagai aplikasi ICT di kalangan pengguna dan tenaga kerja yang

     

     

     

    semakin berpengetahuan dan mahir. Pelbagai usaha juga telah dan sedang dijalankan bagi memastikan penyediaan perkhidmatan asas yang mencukupi seperti akses kepada internet yang lebih meluas, infrastruktur rangkaian komunikasi berkelajuan tinggi , peningkatan prasarana dan pengangkutan yang lebih baik.

    Pendekatan yang lebih bersepadu dan menyeluruh telah diambil bagi memastikan perkembangan pelaburan industri dalam ICT dengan menggalakkan syarikat swasta menggunakan sistem berasaskan komputer yang komprehensif bagi menyediakan persekitaran multimedia untuk mengujudkan peluang perniagaan yang  lebih  inovatif  yang melibatkan sektor swasta.

    Beberapa strategi baru juga sedang dirancang dan akan dilaksanakan bagi  menggalakkan R&D secara usaha sama antara entiti ICT tempatan dan asing bagi menggalakkan pengeluaran, perkhidmatan dan penggunaan produk ICT. Kerajaan juga sentiasa membantu institusi pengajian tinggi, institusi penyelidikan, syarikat atau individu menjalankan R&D untuk meneroka pelaburan baru berkaitan ICT dan manfaatkan lagi penggunaan ICT dalam meningkatkan produktiviti  dan daya  saing  untuk  memajukan dan memperkembangkan aktiviti ekonomi.

Lampiran

Tiada Lampiran.