PERKHIDMATAN ALAM FLORA

87) PERKHIDMATAN ALAM FLORA

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Perkhidmatan Alam Flora dalam menguruskan pelupusan sisa pepejal masih lagi di tahap yang tidak memuaskan khususnya kontraktor-kontraktor yang tidak memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. Apakah rasional Kerajaan Negeri untuk meneruskan perkhidmatan Alam Flora?

    1. Secara rasionalnya Kerajaan Negeri harus meneruskan perkhidmatan Alam Flora Sdn. Bhd. (AFSB) bagi menguruskan perkhidmatan awam di Negeri Selangor. Antara rasional adalah kerana terdapat sebahagian besar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor tidak mampu untuk mengendalikan pengurusan sisa pepejal disebabkan oleh kekangan kewangan yang dihadapi. Selain daripada itu, kadar harga yang ditetapkan oleh Alam Flora adalah berbeza-beza di setiap PBT bagi skop kerja yang dijalankan. Berikutan hal yang demikian, pihak konsesi yang dilantik oleh PBT terpaksa menanggung kerugian di sebahagian dari PBT tersebut. Hal ini juga berikutan kerana terdapat peruntukkan undang-undang yang telah sedia ada. Bagi pihak Majlis Daearah Kuala Langat (MDKL) mereka masih dalam tindakan penilaian prestasi kerja yang dilaksanakan oleh AFSB.

Lampiran

Tiada Lampiran.