ZON BERSIH PBT
96) ZON BERSIH PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah sistem zon dan pertandingan ini berkesan untuk memastikan kebersihan kawasan PBT?
- Sistem Zon Bersih dan pertandingan yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri adalah berkesan dan sesuai untuk diteruskan di kawasan-kawasan lain. Daripada pemantauan didapati zon-zon yang telah dijadikan kawasan zon bersih mempunyai tahap kebersihan yang lebih memuaskan dan menunjukkan perubahan yang ketara daripada yang sebelumnya. Ini membuktikan bahawa semua pihak yang terlibat seperti PBT, penduduk setempat, pihak NGO, Ahli Majlis dan lain- lain memandang serius terhadap perkara ini di samping mewujudkan persaingan sihat di antara PBT melalui pertandingan yang telah
Pertandingan zon bersih di kawasan PBT bagi tempoh 2009/2010 telah dinilai melalui kriteria- kriteria yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri untuk proses penilaian iaitu seperti berikut:
- Pemantauan Kebersihan;
- Penyelenggaraan Infrastruktur;
- Penyelenggaraan Landskap;
- Penyelenggaraan Kemudahan Awam;
- Pengurusan Aduan; dan
- Penglibatan Komuniti