Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
116) PERANAN SYARIKAT MILIK KERAJAAN NEGERI MEMBANTU PENIAGA-PENIAGA KECIL BUMIPUTERA
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah peranan syarikat milik Kerajaan Negeri (GLC) dan juga PBT untuk menyediakan kemudahan tapak-tapak perniagaan di setiap PBT untuk peniaga-peniaga kecil Bumiputera seperti perniagaan makanan dan juga produk-produk kampung?
Buat ketika ini MBI tidak menyediakan sebarang kemudahan tapak-tapak perniagaan untuk peniaga-peniaga kecil bumiputera tetapi MBI telah memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri dan PBT untuk membantu kegiatan dan aktiviti perniagaan-perniagaan kecil bumiputera seperti dalam program Skim Sel. Mikrokredit. Di mana skim program ini membantu pengusaha-pengusaha kecil di luar bandar dengan memberi bantuan pinjaman modal bagi permulaan perniagaan dan seterusnya. keutamaan diberi untuk menghasilkan produk-produk kecil-kecilan dan produk