Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
2) SKIM KESIHATAN WANITA
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan perkembangan terkini dan bagaimanakah sambutan para kaum wanita terhadap program kempen 1 Juta Wanita Selangor Sihat melalui pemeriksaan Mammogram?
Program Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor (MammoSel) telah dilancarkan pada 11 April 2010 yang lepas di mana program ini bertujuan untuk memberi perkhidmatan pemeriksaan mammogram secara percuma kepada seluruh wanita negeri Selangor. Kerajaan Negeri berpendapat program ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial yang boleh dinikmati oleh wanita Selangor dan sambutan yang diterima untuk program ini amat memberangsangkan.