GARIS PANDUAN BERPAKAIAN
6) GARIS PANDUAN BERPAKAIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Terdapat kejadian ahli politik bukan Islam yang berpakaian tidak sesuai dengan sensitiviti agama dalam kawasan Masjid. Adakah Kerajaan Negeri bercadang mewujudkan garis panduan etika berpakaian bagi bukan Islam untuk memasuki kawasan Masjid dan Surau?
Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mewujudkan satu garis panduan berhubung perkara ini yang dikenali sebagai Garis Panduan Penggunaan Masjid dan Surau di Negeri Selangor. Garis panduan ini telah diluluskan dalam Mesyuarat MAIS Bil 1/2011 yang bersidang pada 22 Februari 2011.
