KENAIKAN GAJI PEGAWAI-PEGAWAI KERANI KAWASAN BAWAH ADUN DAN PEKERJA-PEKERJA KERAJAAN NEGERI SELANGOR PADA KESELURUHANNYA
19) KENAIKAN GAJI PEGAWAI-PEGAWAI KERANI KAWASAN BAWAH ADUN DAN PEKERJA-PEKERJA KERAJAAN NEGERI SELANGOR PADA KESELURUHANNYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Pernahkah kerajaan negeri mengkaji semula gaji-gaji bagi pegawai-pegawai kerani kawasan bawah ADUN-ADUN dan bagi pekerja-pekerja kerajaan Negeri Selangor?
Pelarasan kenaikan gaji anggota perkhidmatan awam tertakluk kepada pindaan skim perkhidmatan yang standard dan kajian komprehensif berhubung aspek saraan (termasuk emolumen bulanan, elaun, insentif dan kebajikan) anggota perkhidmatan awam diselaraskan sepenuhnya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
Namun yang demikian, pelarasan kenaikan gaji atau pemberian elaun atau insentif khas kepada skim perkhidmatan dilaksanakan dari semasa ke semasa berdasarkan kesesuaian serta tahap kritikal sesuatu skim perkhidmatan yang terlibat.
