BANTUAN KEPADA SEKOLAH AGAMA RAKYAT, SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DAN TAMIL
3) BANTUAN KEPADA SEKOLAH AGAMA RAKYAT, SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DAN TAMIL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Selepas 4 tahun dasar ini dilaksanakan berapa banyak sekolah-sekolah yang telah memperoleh bantuan? Sila jumlahkan mengikut kategori
Jumlah penerima Bantuan Pendidikan mengikut kategori sekolah adalah seperti berikut:
Kategori Sekolah Bantuan Pendidikan Sekolah Agama Rakyat (SAR) 256 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) 112 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) 97 buah Bilangan Penerima
Nota: (*) Kerajaan Negeri masih dalam pengumpulan data Sekolah Agama Rakyat (SAR) kerana Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang beroperasi di negeri Selangor tidak berdaftar dengan agensi kerajaan sama ada Kementerian Pelajaran Malaysia mahupun Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Oleh itu, usaha untuk mendapatkan data-data yang tepat berkenaan kewujudan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri Selangor sedang diusahakan.Data sedia ada ini adalah berdasarkan data yang didapati daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan borang-borang permohonan Bantuan Pendidikan yang diterima.
