Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
93) BANTUAN PENDIDIKAN
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah mekanisme atau model bantuan pendidikan yang akan dilaksanakan untuk membantu mahasiswa di Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) selaras dengan dasar Pakatan Rakyat untuk menyediakan pendidikan percuma dan pendidikan yang berkualiti?
Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan beberapa bantuan pendidikan kepada mahasiswa yang berasal dan Negeri Selangor dan yang telah bermastautin di Negeri Selangor antaranya seperti berikut :
- Pinjaman Kerajaan Negeri Selangor melalui Lembaga Tabung Kewangan Biasiswa Negeri Selangor di mana pinjaman melalui tabung ini adalah pinjaman bolehubah dan tiada caj perkhidmatan
Bil. Peringkat Pengajian Gred Pencapaian Jumlah Bayaran Balik 1. Diploma/ Diploma Lanjutan / Ijazah -Bagi semua bidang
Sains, Teknologi dan
Sastera
CGPA 3.75 dan ke atas / Kepujian Kelas Pertama
CGPA 3.20 – 3.74 /
Kepujian Kelas Dua Tinggi
CGPA 3.19 dan ke bawah
0% 75%
100%
2. Diploma/ Diploma Lanjutan/ Ijazah
-Bagi bidang Pengajian
Islam
Mumtaz / Kelas Pertama Jayyid Jiddan / Kelas Kedua Tinggi
Jayyid / Kelas Kedua Rendah
Maqbul / Jayyid
0% 50%
75%
100%
Bil. Peringkat Pengajian Gred Pencapaian Jumlah Bayaran Balik 3. Perubatan Lulus MBBS 0% 4. Diploma/ Diploma Lanjutan/ Ijazah: -Untuk semua bidang pengajian
PNGK / CGPA 3.75 hingga 4.00
PNGK / CGPA 3.50 hingga 3.74
PNGK / CGPA 3.20 hingga 3.49
PNGK / CGPA
3.19 dan ke bawah
Dilupusakn sebagai biasiswa
50%
75%
100%
5. Ijazah Perubatan Lulus MBBS / MD / Pergigian / Veterinar Dilupuskan sebagai biasiswa - Pinjaman atau bantuan pendidikan melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui program bantuan Pendidikan kepada anak-anak asnaf yang belajar di KUIS.
- Hadiah Pengajian IPT sebanyak Ringgit Malaysia satu ribu kepada para pelajar yang telah diterima masuk ke universiti dan berasal dari keluarga yang berpendapatan kurang dari RM 1,500.
Di samping itu, Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan cadangan untuk menubuhkan Endowment Fund bagi pelajar yang layak masuk ke IPT tetapi tidak berkemampuan.