ANCAMAN TANAMAN PADI

97) ANCAMAN TANAMAN PADI

Tahun:

Sesi:

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu petani-petani di Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam mengatasi masalah ancaman makhluk perosak yang telah menjejaskan hasil tanaman padi mereka?

    Langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negri Selangor untuk membantu petani-petani di Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam mengatasi masalah ancaman makhluk perosak yang telah menjejaskan hasil tanaman padi mereka adalah melalui program dan kempen amalan kawalan perosak secara bersepadu yang diadakan setiap tahun untuk memberi kesedaran kepada pesatani supaya sentiasa mengawasi sawah mereka supaya serangan awal makhluk perosak dapat dikenalpasti dan tindakan mengatasi dapat dilakukan segera. Disamping itu, dalam aktiviti pengawalan makhluk perosak, petani turut diberi kesedaran tentang penggunaan racun secara berhemah.

Lampiran

Tiada Lampiran.