PELANCONGAN

39) PELANCONGAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan berapakah jumlah pelancong domestik dan asing yang datang berkunjung ke Negeri Selangor dan senarai kawasan tumpuan pelancong yang utama ?

    1. Jumlah pelancong yang datang melawat Negeri Selangor pada tahun 2010

    dan 2011 adalah seperti berikut :-

    Kategori Pelancong 2010

    ( Januari – April )

    2011

    (Januari – April)

    Pelancong Tempatan 1,148,075 1,328,988
    Pelancong Asing 838,331 1,037,747
    JUMLAH 1,986,406 2,366,735

     Peningkatan sebanyak 16 %

    Terdapat pelbagai kawasan tumpuan pelancongan yang utama di Negeri Selangor. Khusus bagi pelancongan Negeri Selangor terdapat 10 ikon mengikut susunan daerah yang menjadi tumpuan  pelancong yang utama iaitu:

    1. Masjid Biru – Shah Alam
    2. Bukit Malawati – Kuala Selangor
    3. Galeri DiRaja Sultan Abdul Aziz    – Klang
    4. Sunway Lagoon – Petaling
    5. Kelip-Kelip – Kuala Selangor vi) Dong Zen Monastery – Kuala Langat
    6. Sepang Goldcoast – Kuala Langat
    7. Batu Caves  – Gombak
    8. Pusat Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) – Gombak
    9. Hutan Lipur Kanching      – Gombak
    10. i-City (ikon pelancongan baru) – Shah Alam

Lampiran

Tiada Lampiran.