INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)
41) INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan peruntukkan kewangan yang diluluskan untuk membangunkan dan mempergiatkan industri kecil dan sederhana (IKS) setakat Jun 2011.
Peruntukan pembangunan industri kecil dan sederhana (IKS) terbahagi kepada peruntukan untuk program – program seperti, promosi, kursus dan latihan bantuan dana dan projek – projek pembangunan sehingga Jun 2011. Jumlah peruntukan yang diluluskan bagi membangunkan dan mempergiatkan (IKS) adalah seperti berikut;
- Penyertaan Pameran / seminar dan promosi produk – RM97ribu
- Kursus dan latihan – RM61ribu
- Membina Bangunan Pusat Pengumpulan Produk IKS Dan Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan Di Lot 18 Kampung Kanchong Darat Kuala Langat – RM500 ribu.
- Membina Pusat Pengumpulan Produk IKS Di Kampung Jawa Batu 18 Hulu Langat – RM150 ribu.
- Mereka Bentuk Papan Tanda Promosi Produk-Produk IKS Di Hulu Langat RM26 ribu.
- Kerja-Kerja Membina Membina Dan Menyiapkan Kios IKS Di Kampung Parit 7 Sekinchan – RM350 ribu.
- Pembangunan Pusat Ekonomi Desa Di Kampung Olak Lempik Daerah Kuala Langat – RM300 ribu.
