KONTRAKTOR ALAM FLORA

42) KONTRAKTOR ALAM FLORA

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. 33 kontraktor di bawah Alam Flora Sdn Bhd mendakwa tunggakan RM18 juta bayaran untuk kerja-kerja pembersihan awam di kawasan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS). Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) juga pernah diberi bantuan kewangan untuk membayar hutang kepada Alam Flora Sdn Bhd. Bagimanakah masalah ini boleh berlaku?

    Pihak Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) memaklumkan tunggakan hutang berkenaan dihadapi berikutan masalah kekangan kewangan yang berpunca daripada jumlah hasil pendapatan yang diterima hanya mampu untuk melepasi emolumen kakitangan pihak MDSB. Manakala masalah utama yang dihadapi oleh pihak Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) adalah disebabkan kerana ketidakcekapan pengurusan kewangan dalam menguruskan perbelanjaan perkhidmatan dan penyelenggaraan berbanding pendapatan cukai tahun semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.