SELANGOR FRUIT VALLEY
49) SELANGOR FRUIT VALLEY
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Selangor Fruit Valley yang dibangunkan sebelum ini untuk mengembangkan industri pertanian dan agro-pelancongan didapati semakin kurang mendapat perhatian. Apakah status terkini Selangor Fruit Valley ?
Selangor Fruits Valley (SFV) yang terletak di KM 7, Jalan Rawang-Bestari Jaya telah dibangunkan pada tahun 2003. Keluasan kawasan adalah lebih kurang 1,000 hektar. Daripada jumlah tersebut, seluas 180 hektar telah dipajakkan kepada dua (2) buah syarikat iaitu Kayangan Rampai Sdn. Bhd. (100 hektar) dan Eco Murni Sdn. Bhd. (80 hektar) untuk projek tanaman buah-buahan. Baki kawasan seluas 820 hektar telah diusahakan oleh anak syarikat PKPS iaitu Selangor Oil Palm Industries Corporation Sdn. Bhd. (SOPIC). Mulai 2 Januari 2010, PKPS telah mengambilalih semua aktiviti SFV daripada SOPIC untuk diuruskan secara langsung oleh Bahagian Perladangan PKPS.
Sehingga kini, PKPS masih meneruskan projek penanaman buah-buahan tropika di SFV. Jenis-jenis tanaman dan keluasan kawasan yang diusahakan adalah seperti berikut:
Bil Tanaman Keluasan Tanaman (Ha) 1. Belimbing 81 2. Tembikai 158 3. Nangka 94 4. Mangga 13 6. Kelapa Pandan 96 7. Limau Mexico 6 8. Jambu Batu 3 9. Rambutan 3 10. Limau Kasturi 1 11. Durian Belanda 1 13. Betik 57 14 Pulasan 1 14. Jambu Air 9 15 Tebu Telor 8 16. Limau Nipis (Seedless) 20 17. Nursery Sawit 12 18. STFG 72 19. Kolam/jalan/pejabat 55 20. Pajakan kecil 250 21. Papaya Hybrid 60 Jumlah Keseluruhan 1,000 SFV masih lagi meneruskan kegiatan pengeluaran hasil buah-buahan tropika bagi tujuan pasaran tempatan. Pihak pengurusan sedang giat berusaha untuk meningkatkan pengeluaran hasil ladang melalui program pemulihan yang dijalankan.
