JALAN BANDAR BUKIT SENTOSA HINGGA KE JALAN KESUMBA
5) JALAN BANDAR BUKIT SENTOSA HINGGA KE JALAN KESUMBA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Jalan Utama yang menghubungkan lebuh raya ( LLM Utara Selatan ) selepas tol Bukit Beruntung dengan Rasa melalui Bandar Bukit Sentosa sering rosak. Terutama antara jalan Bandar Bukit Sentosa hingga ke Jalan Kesumba. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membaiki jalan tersebut untuk jangka panjang ?
Jalan yang menghubungkan lebuh raya (LLM Utara Selatan) selepas tol Bukit Beruntung dengan Rasa melalui Bandar Bukit Sentosa yang dimaksudkan merupakan jalan dibawah Pemaju Talam Corporation Berhad. Jalan-jalan tersebut masih belum diserahkan kepada Majlis Daerah Hulu Selangor atau pun JKR untuk kerja penyelenggaraan.
Kerajaan Negeri setakat ini tidak bercadang untuk membaiki jalan ini memandangkan ianya masih lagi dibawah tanggungjawab pemaju.