JALUR LEBAR (WIFI) DI PELABUHAN KLANG

52) JALUR LEBAR (WIFI) DI PELABUHAN KLANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sedia maklum jalur lebar (wifi) diperlukan pada zaman sekarang dan ianya akan memudahkan pengguna untuk melayari laman sesawang. Berapa peratuskah tahap kemajuan yang telah dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri di dalam menyediakan perkhidmatan jalur lebar (wifi) di dalam kawasan Pelabuhan Klang?

    Peratusan kemajuan perkhidmatan jalur lebar (WiFi) oleh pihak Kerajaan Negeri di dalam kawasan Pelabuhan Klang adalah masih bergantung pada keputusan akhir kerajaan untuk melaksanakan perkhidmatan tersebut di seluruh negeri Selangor menggunakan perkhidmatan Telekom Malaysia, Jaring dan TIME. Proses penilaian dan penawaran dijangka akan selesai dalam suku ketiga 2011.

Lampiran

Tiada Lampiran.