FELDA
56) FELDA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sejauh manakah keberkesanan sistem penyaluran maklumat kita kepada rakyat, terutama di gugusan FELDA terutamanya ada yang masih tidak tahu tentang Skim-skim juga Program-program yang dijalankan oleh kerajaan Negeri setakat ini. Perlukah kita tukar dasar penyaluran maklumat supaya ianya lebih Cepat, Cekap dan Berkesan Bagi Memenuhi Kehendak Dan Ekspektasi kita agar rakyat FELDA sentiasa ÒupdateÓ dengan usaha terkini kerajaan terutamanya seperti kita sebut di taklimat GSA Act baru-baru dan adanya Task Force FELDA Selangor.
Dasar penyaluran maklumat yang sedia ada kepada masyarakat FELDA termasuk pengedaran risalah dan buletin, serta sesi dialog. Kaedah penyaluran maklumat ini tidak perlu ditukarkan kerana sistem yang ada sekarang ini dapat mencapai objektif untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat FELDA. Walau bagaimanapun, sistem yang sedia ada boleh ditambah baik untuk memberi kesan dan impak yang lebih mendalam terhadap masyarakat FELDA.
