KEJAYAAN PROGRAM HARI TANPA PLASTIK
25) KEJAYAAN PROGRAM HARI TANPA PLASTIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Setakat ini adakah program ini berjaya dan memberi kesedaran kepada masyarakat atau memberi keuntungan kepada pasar raya hasil jualan beg plastik?
- Berdasarkan pemantauan kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” oleh Kerajaan Negeri sejak Januari 2010, kempen ini berjaya mengurangkan lebih kurang 2 juta beg plastik dalam tempoh 3 bulan. Ini menunjukkan kempen ini banyak memberi kesedaran kepada masyarakat tentang impak penggunaan beg plastik. Walaupun banyak mendapat tentangan daripada segelintir masyarakat, secara beransur-ansur, masyarakat mula menerima dan menyokong kempen ini demi menjamin kepentingan alam sekitar yang berterusan dan mula membawa beg sendiri atau menggunakan beg mesra alam untuk membeli belah. Sekiranya kempen ini diteruskan dalam jangka masa yang panjang, nescaya masalah pencemaran beg plastik di Negeri Selangor berjaya diatasi seterusnya menjadi contoh ikutan kepada negeri yang
Hasil kutipan caj 20 sen yang dikenakan disalurkan kepada badan-badan kebajikan/NGO alam sekitar dan bukan untuk kegunaan pasaraya itu sendiri. Secara tidak langsung, masyarakat akan mempelajari untuk tidak menggunakan beg plastik kerana caj lebih akan dikenakan semasa mereka membeli belah. Pasaraya mendapat untung secara tidak langsung dengan pengurangan pembelian beg plastik kerana penggunaannya semakin berkurang.
