BANTUAN KESIHATAN

41) BANTUAN KESIHATAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri telah mengumumkan program bantuan kesihatan untuk rawatan katarak mata, dialisis buah pinggang dan pembedahan kecil. Apakah perkembangaan program ini dan berapa orangkah telah mendapat bantuan?

    1. Program bantuan kesihatan bagi rakyat miskin di Negeri Selangor telah bermula pada Jun 2009. Program ini meliputi bantuan-bantuan seperti berikut:

     

    1. Bantuan Dialisis Buah Pinggang : RM 2,000
    2. Katarak Mata : RM 1200
    • Bantuan Pembedahan Kecil : RM 5,000

     

    Sehingga Disember 2009, seramai 20 orang penerima yang layak untuk menerima  bantuan. Senarai penerima tersebut adalah seperti berikut:

     

    Jenis Bantuan Jumlah Penerima Jumlah Disalurkan (RM)
     

    Dialisis Buah Pinggang

     

    13

     

    RM 22,300

     

    Katarak Mata

     

    3

     

    RM 1,500

     

    Pembedahan Kecil

     

    4

     

    RM 18,300

     

    Lain-lain

    (bantuan cermin mata, kerusi

    roda, alat bantuan pendengaran dan pembelian kaki palsu

     

    4

     

    RM 7,540

    JUMLAH 24 RM 49,640

     

    Selain itu kerajaan negeri juga turut membiayai pembelian sebuah mesin dialisis kepada Haemodialysis Assocsiation Klang yang berjumlah sebanyak RM 41,000.

Lampiran

Tiada Lampiran.